Safe
Sali atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali merupakan pemain bola
sepak tempatan yang pertama bermain di Liga Super Indonesia iaitu di
kelab Pelita Jaya selepas membantu Malaysia untuk menjuarai Piala AFF
Suzuki pada tahun 2010 dengan menewaskan Indonesia. Safee telah
menyertai pasukan itu dengan yuran perpindahan sebanyak USD30,000 (RM106
ribu) dan menerima gaji sebanyak USD 10,000 atau RM35,470. Namun pada
tahun 2012, penyerang berusia 31 tahun ini telah berhijrah ke pasukan
Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) yang dikatakan menerima gaji
sebanyak RM120,000 sebulan.
Khairul
Fahmi Che Mat atau dikenali dengan panggilan Apek dikatakan panjaga gol
yang dibayar gaji termahal dalam Liga Malaysia. Apek bukan sahaja
menerima gaji yang lumayan bersama Kelantan malah beliau turut menerima
pelbagai pendapatan lain lagi di luar padang. Beberapa musim lepas, Apek
dikhabarkan turut menerima tawaran lumayan dari sebuah pasukan dan akan
meletakkannya sebagai pemain termahal namun Apek memilih untuk kekal
bersama Kelantan.
Amri
Yahya memulakan karier bola sepaknya di Selangor FA selama 12 tahun dan
sepanjang kariernya bersama Selangor, Amri telah tampil sebanyak 200
kali dan menjaringkan sebanyak 71 gol. Ini menjadikan Amri salah seorang
pemain tengah/penyerang digeruni pihak lawan. Amri, 34, kemudian telah
ditawarkan kontrak lumayan oleh Johor Darul Takzim (JDT) bernilai RM1
juta selama setahun iaitu sekitar RM85,000 sebulan.
Pemain
kelahiran Besut ini merupakan seorang penyerang yang cukup berbisa
ketika bermain bersama pasukan Kelantan dan juga pasukan Malaysia
sehingga pasukan kebangsaan berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki pada
tahun 2010. Pada tahun 2013 pemain berusia 28 tahun itu telah berhijrah
ke pasukan Harimau Selatan (JDT) selepas menerima tawaran lumayan iaitu
menerima gaji sekitar RM80,000 sebulan. Bagaimanapun, Norshahrul gagal
memberi impak besar terhadap pasukannya apabila hanya mampu menjaringkan
10 gol dalam 35 penampilannya bersama JDT. Norshahrul kemudiannya
berhijrah ke pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kini beliau
nampaknya telah menyarung jersi negeri kelahirannya, Terengganu.
Pemain
berusia 33 tahun ini merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang
dilihat sebagai pemain serba boleh. Dia yang bermain sebagai penyerang
dan di bahagaian sayap pernah bermain untuk banyak negeri dan kelab
antaranya Perak FA, Pahang FA, Selangor FA, Kelantan FA, T-Team dan kini
bermain untuk Felda United FC yang mana dia dikatakan menerima gaji
sebanyak RM75,000 sebulan.
Bermula
dengan mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden, Baddrol Bakhtiar
kemudian telah diserapkan kepada pasukan ‘senior’ Kedah dan kebangsaan
sebagai pengatur serangan (playmaker) dan sering juga dilihat bermain di
bahagian sayap kanan. Walaupun tidak bermain di posisi penyerang
bersama Kedah, namun 76 gol yang dijaringkan daripada 160 penampilannya
cukup menggambarkan kehebatan pemain berusia 27 tahun ini yang dikatakan
menerima gaji sekitar RM65,000 sebulan.
7. Safiq Rahim – RM50,000 – Johor Darul Takzim
Tidak dinafikan bahawa Safiq Rahim merupakan antara pemain tengah terbaik dalam Liga Malaysia (pemain tempatan). Sebelum ini Safiq beraksi dengan cukup cemerlang bersama Selangor dan pasukan kebangsaan. Menerima tawaran yang cukup lumayan dari JDT sudah tentu sukar untuk dilepaskan.
Nama
Piya tidak asing lagi dikalangan peminat pasukan Kelantan dan juga
dalam Liga Malaysia. Mempunyai skil sepakan sudut dan percuma yang
menarik, Piya adalah lawan kepada Safiq Rahim. Piya juga pernah menerima
tawaran lumayan dari beberapa pasukan. Namun mungkin kerana kesetiaan
kepada pasukan negeri Piya memilih untuk kekal. Lagipun gaji yang Piya
terima di Kelantan juga adalah antara yang tertinggi. Begitupun prestasi
Piya nampaknya sedikit merudum dan mungkin memerlukan masa untuk beliau
kembali ke prestasi terbaiknya.
Beliau
antara tonggak pertahanan terbaik yang ada di Malaysia. Pemain yang
cukup kental dan sukar untuk dilepasi, Aidil bersama kembarnya Zaquan
menerima tawaran lumayan untuk berhijrah ke Johor Darul Takzim dari
pasukan Negeri Sembilan. Mungkin menerima saingan yang cukup sengit
daripada beberapa muka baru selain mengalami kecederaan, Aidil nampaknya
kurang beraksi dan gagal mendapatkan aksi dalam kesebelasan utama.
Berkenaan gaji Aidil, ia didedahkan oleh bekas isterinya, Rita Rudaini
dalam usaha menuntut nafkah untuk dua anak mereka.
10. Norfarhan – RM40,000 – Kelantan
Cukup lincah dan mempunyai penyudah yang baik. Norfarhan memilih untuk kembali bersama pasukan Kelantan pada musim 2015. Sebelum itu, beliau telah berhijrah pulang ke pasukan asalnya Terengganu. Norfarhan dikatakan menerima sekitar RM40,000 sebulan di Kelantan. Bagaimanapun beliau perlu buktikan kemampuan sebenarnya kerana ketika ini beliau masih belum mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan juga.
(Sila
ambil perhatian jumlah pendapatan yang dipaparkan adalah anggaran kasar
bulanan gaji pemain berkenaan, dan berkemungkinan termasuk tajaan dan
pengiklanan dan bukan jumlah sebenar)
No comments:
Post a Comment